
KUANTAN - Gol oleh pemain import Alex Tudose pada penghujung permainan membawa Melaka United terus kekal di tangga teratas Liga Premier 2016 apabila bangkit tiga kali sebelum menewaskan pasukan Kuantan FA 4 - 3 dalam aksi yang berlangsung di stadium Darul Makmur malam tadi.
Melaka United yang turun ke gelanggang lawan bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan seawal minit pertama permainan oleh penyerang pasukan Kuantan FA Shazalee Ramlee.
Penyerang import berbisa Melaka Unted, Ilija Spasojevic kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-27 sebelum Dao Bakary kembali meletakkan pasukan tuan rumah 2 - 1 dihadapan pada minit ke-30.
Alex Tudose kembali menyuntik semangat pemain Melaka United apabila tendangan lambungnya berjaya menewaskan penjaga gol Kuantan FA untuk menyamakan kedudukan 2 - 2.
Kerapuhan benteng pertahanan Melaka United terus di hukum oleh pasukan tuan rumah apabila kembali mendahului 3 - 2 pada minit ke-36 hasil jaringan kedua Shazalee Ramlee.
Bersambung babak kedua, pasukan Melaka United kembali mengandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-46, Yashir Pinto berjaya menewaskan penjaga gol pasukan lawan untuk keduduakn terikat 3 - 3.
Alex Tudose melengkapkan malam kebangkitan buat pasukan Melaka United apabila menanduk masuk bola hasil hantaran dari sebelah kiri pintu gol Kuantan FA untuk gol kemenangan Melaka United.
Dengan tiga mata berharga berjaya dibawa pulang dari Kuantan, Melaka United kini mengumpul 36 mata, lima mata mendahului pasukan JDT ll di tangga kedua liga.
Pasukan Melaka United akan bertemu pasukan dari liga super, Felda United dalam aksi Piala Malaysia 2016 jumaat ini di Stadium Hang Jebat.
Sumber Gambar :- MUSA
No comments
Post a Comment