
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan majlis pelancaran jersi baharu juara Piala AFC 2015, kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2016 pada Sabtu ini.
Ia bakal diadakan di Dataran Bandaraya Johor Baharu bermula jam 8,45 malam.
Pengumuman mengenainya disiarkan menerusi laman Facebook rasmi JDT, iaitu Johor Southern Tigers.
Sempena pelancaran itu, penyokong skuad Harimau Selatan turut dijemput bagi memeriahkan dan sekali gus menyaksikan rekaan jersi terbaharu kelab JDT itu.
Dan bagi memudahkan penyokong dan peminat juara Liga Super itu di seluruh Johor menyaksikan majlis berkenaan secara langsung, skrin besar akan disediakan di setiap daerah di negeri ini.
Berikut adalah lokasi tayangan skrin besar majlis pelancaran jersi baharu itu.

No comments
Post a Comment