Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

IPU Singapura Kekal Paras Tidak Sihat

Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari ini meskipun semakin bertambah baik pada Ahad.

05 October, 2015

/ by Admin
Kualiti udara di Singapura kekal pada tahap tidak sihat. - Gambar AFP

SINGAPURA - Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari ini meskipun semakin bertambah baik pada Ahad.

Setakat 10 pagi ini, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam mencatatkan bacaan 99 hingga 118, di hujung lingkungan tahap sederhana dan tidak sihat, manakala PSI tiga jam pula adalah 149, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura.

NEA berkata keadaan berjerebu masih menyelubungi beberapa bahagian di tengah dan selatan Sumatera.

Menurut jabatan itu, jerebu dari Kalimantan juga didapati merebak ke kawasan laut di tenggara Singapura.

Bagi hari ini, angin dijangka bertiup dari arah timur atau tenggara, lapor Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo