![]() |
Tentera Israel menangkap seorang pemuda Palestin di Timur al-Quds kerana mereka mencari aktivis Palestin pada 18 September 2015 yang lalu. –Foto AFP |
PALESTIN - Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata tentera Israel telah ‘menculik’ lebih 1,000 rakyat Palestin di Tebing Barat yang didiami oleh mereka sepanjang bulan Oktober.
Badan yang mewakili tahanan dan keluarga rakyat Palestin yang terlibat itu, berkata pada Ahad bahawa kebanyakan tangkapan berlaku di bandar al-Khalil (Hebron), yang terletak di diduduki Timur al-Quds Jerusalem.
Kebanyakan daripada mereka dipindahkan ke penjara, dengan tangkapan dibuat selepas pelampau dan tentera Israel memperhebatkan serangan terhadap wilayah Palestin.
Lebih tiga ratus daripada mereka yang ditempatkan di penjara bulan ini adalah di bawah umur, kata PPS yang dilaporkan oleh Press TV.
Ketua kepada PPS, Qadoura Fares, berkata, “Tentera Israel pada akhir-akhir ini menumpukan perhatian ke atas rakyat Palestin yang membantah di dua kawasan al-Khalil dan Yerusalem, al-Quds yang menjadi kawasan penempetan penduduk asal.
“Kami fikir bahawa walaupun tidak berlaku sebarang pemberontakan, kempen penangkapan Israel akan terus kerana ia adalah sebahagian daripada dasar Israel terhadap rakyat Palestin,” tambahnya lagi.
Gelombang terbaru pertempuran Israel-Palestin bermula apabila Tel Aviv mengehadkan kemasukan beberapa jemaah Palestin ke Masjid al-Aqsa pada 26 Ogos.
Ketegangan meningkat, terus berkembang yang membawa kepada kematian kira-kira 54 rakyat Palestin sejak 1 Oktober. Lapan Israel juga telah meninggal dunia dalam tempoh masa yang sama.
Lebih 7,000 rakyat Palestin dilaporkan di 17 penjara Israel dan pusat-pusat tahanan, ramai daripada mereka tidak melalui proses dakwaan atau perbicaraan.
No comments
Post a Comment