Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Titik Panas Di Sumatera Meningkat

Bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 982 semalam, catatan paling tinggi dalam tempoh dua bulan.

15 September, 2015

/ by Mohammad Zaffarin Mohd Khan
Jakarta, Indonesia - Bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 982 semalam, catatan paling tinggi dalam tempoh dua bulan.

Imej satelit menunjukkan sebahagian besar kawasan titik panas itu berada di wilayah Sumatera Selatan, Jambi dan Riau.

Tahap kualiti udara di tiga wilayah berkenaan mencapai tahap bahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 301.

Situasi itu memaksa sekolah dan lapangan terbang ditutup.

Asap dari kebakaran hutan di Indonesia turut menjejaskan negara jiran Singapura dan Malaysia.

Setakat ini, lebih 70 orang telah ditahan kerana disyaki memulakan kebakaran di tanah perladangan mereka. - CNA

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo