Bangkok, Thailand - Suspek terbaharu yang dikaitkan dengan serangan maut di kuil Erawan pada 17 Ogos lalu mengaku membuat bom, sebelum menyerahkannya kepada suspek berbaju kuning, kata polis semalam.
Yusufu Mieraili, 25, ditahan di wilayah Sao Kaeo minggu lalu.
Menurut polis, Yusufu berasal dari China lapor Bangkok Post.
"Semasa disoal siasat, suspek mengaku telah diupah seorang lelaki untuk membeli bahan kimia di Min Buri.
"Dia kemudian membuat bom di bilik sewanya di Nong Chok," menurut sumber polis.
Sumber itu menambah, suspek tidak pernah bertemu dengan suspek baju kuning sehinggalah dia menyerahkan bom berkenaan pada hari sama letupan kuil Erawan.
Sebelum ini, polis percaya Yusufu adalah suspek utama pengeboman berdasarkan imej dari kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.
Namun ujian DNA gagal menunjukkan adanya kaitan antara suspek dengan tempat kejadian, lapor Sinar Harian.
No comments
Post a Comment