Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

Guru Ditahan Cuba Jual Kanak Albino

Polis Malawi telah menahan seorang guru atas tuduhan cuba menjual seorang murid albino untuk mendapatkan habuan lumayan beribu-ribu dolar pada Selasa.

16 September, 2015

/ by Admin
Foto - AFP
MZUZU - Malawi. Polis Malawi telah menahan seorang guru atas tuduhan cuba menjual seorang murid albino untuk mendapatkan habuan lumayan beribu-ribu dolar pada Selasa.

Phillip Ngulube ditahan di Mzuzu, ibu kota Wilayah Utara Malawi ini, ketika cuba untuk menjual seorang pelajar sekolah tinggi albino kepada seorang lelaki Tanzania.

Menurut jurucakap polis tempatan, Maurice Chapola kepada Press TV, Ngulube telah ditangkap oleh polis ketika dalam perjalanan untuk menjual gadis itu kepada seorang ahli perniagaan yang didakwa warga Tanzania untuk habuan sekitar enam juta Kwacha (RM43,000).

Tambahnya lagi, gadis itu mungkin akan dibunuh untuk mendapatkan organ badannya jika polis tidak menahan suspek di tempat kejadian.

Ngulube, yang telah dituduh menculik dengan niat untuk membunuh, menafikan tuduhan itu dengan mendakwa remaja albino itu adalah teman wanitanya.

Laporan mengatakan beberapa orang telah dibicarakan di negara Afrika atas dakwaan menculik, mencacatkan dan membunuh golongan albino, yang dipercayai untuk mendapatkan anggota badan mereka yang dipercayai mampu dikurniakan kuasa ajaib.

Pada bulan Jun lalu, PBB menyuarakan kebimbangan mengenai nasib golongan albino di Afrika yang terseksa, sekaligus menggesa para pemimpin di benua itu untuk mengambil langkah-langkah yang serius untuk menghentikan jenayah kejam terhadap kumpulan yang terpinggir itu.

“Beratus-ratus orang daripada golongan albino, majoriti daripada mereka kanak-kanak, terbunuh, cacat dan diserang dalam sekurang-kurangnya 25 negara-negara Afrika, kerana kepercayaan bahawa bahagian-bahagian badan mereka memberikan kuasa ajaib,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad al-Hussein dalam satu kenyataan sempena Hari Kesedaran Albino Antarabangsa yang pertama pada 13 Jun.

“Lebih banyak kes-kes tidak direkodkan kerana pengasingan mangsa, kerahsiaan mengenai amalan ritual, dan sikap acuh tak acuh. Mengejutkan, jenayah itu jarang disiasat atau didakwa,” kata kenyataan itu.

Albino adalah penyakit genetik yang menyebabkan gangguan pengeluaran melanin dalam badan pada sebahagian atau sepenuhnya anggota, dan dengan itu menyebabkan ketiadaan pigmen pada rambut, mata dan kulit, dipetk dari The Rakyat Post.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo