Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

15 Rapat Umum Diadakan Hari Terakhir Kempen

Polis memberi permit kepada parti politik untuk mengadakan rapat umum terakhir masing-masing sempena pilihan raya umum Singapura 2015 di beberapa tempat di republik ini dari 7 malam hingga 10 malam ini.

09 September, 2015

/ by Admin
SINGAPURA - Polis memberi permit kepada parti politik untuk mengadakan rapat umum terakhir masing-masing sempena pilihan raya umum Singapura 2015 di beberapa tempat di republik ini dari 7 malam hingga 10 malam ini.

Rabu adalah hari terakhir untuk berkempen bagi kesemua calon daripada sembilan parti politik dan dua calon Bebas sebelum hari bertenang, esok.

Pilihan raya umum kali ini menyaksikan para calon bertanding di 16 Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) dan 13 Kawasan Anggota Tunggal (SMCs) untuk mengisi 89 kerusi Parlimen.

Pengundian akan diadakan pada Jumaat (11 September), yang diisytiharkan sebagai cuti umum.

Parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), dijadual mengadakan enam rapat umum iaitu bagi GRC Jalan Besar, SMC Potong Pasir, SMC MacPherson, GRC East Coast, SMC Bukit Panjang dan GRC Marsiling-Yew Tee.

Setiausaha Agung PAP, Lee Hsien Loong, yang juga Perdana Menteri, dijangka berucap pada rapat umum di Jalan Besar.

Parti Pekerja, Parti Demokratik Singapura, SingFirst, Parti Rakyat Singapura, Perikatan Demokratik Singapura, Parti Perpaduan Nasional dan Parti Kuasa Rakyat masing-masing akan mengadakan satu rapat umum, manakala Parti Perubahan pula akan mengadakan dua rapat umum. - Bernama

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo