JOHOR BAHRU - Borussia Dortmund menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), 6-1, dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, malam tadi.
Kelab gergasi Jerman itu mendahului juara Liga Super itu, 3-1, di separuh masa pertama. Kira-kira 12,000 orang menyaksikan aksi persahabatan ini.
Ini adalah kunjungan kali pertama juara lapan kali Liga Jerman atau Bundesliga itu ke sini. Ia diadakan menerusi program Jelajah Asia 2015 sempena pra musim bola sepak Eropah.
JDT dan Dortmund sebelum ini sudah mengikat perjanjian kerjasama dalam pembangunan bola sepak di Johor.
Sebelum ke sini, kelab berkenaan turut singgah di Tokyo, Jepun untuk aksi persahabatan bertemu kelab Liga J, Kawasaki Frontale yang berkesudahan mereka menang, menang 6-0.
Borussia Dortmund akan ke Singapura pula untuk meneruskan jelajah Asia di negara jiran itu, lapor Berita Harian.
No comments
Post a Comment