Responsive Ad Slot

Terkini

Trending

1MDB Langsai Hutang RM3.6 Bilion

Syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan sudah membayar sepenuhnya hutang sebanyak RM3.6 bilion (AS$975 juta) kepada konsortium bank antarabangsa.

09 June, 2015

/ by Admin
KUALA LUMPUR - Syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan sudah membayar sepenuhnya hutang sebanyak RM3.6 bilion (AS$975 juta) kepada konsortium bank antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengesahkan pembayaran tersebut mencerminkan komitmen syarikat mengurangkan jumlah hutangnya, selaras dengan pelan rasionalisasi yang diumumkan kabinet.

Kementerian Kewangan pada 29 Mei lalu mengumumkan pelan rasionalisasi oleh 1MDB untuk melangsaikan jutang berjumlah RM3.6 bilion kepada konsortium bank antarabangsa.

Awal bulan ini, Arul Kanda menafikan dakwaan yang syarikat tersebut telah melakukan pemindahan dana kepada pihak ketiga, lapor Astro Awani.

No comments

Post a Comment

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo