Responsive Ad Slot

10 Perkara Menyebabkan Wanita Jauh Daripada Anda

12 February, 2015

/ by Admin
Pelbagai sebab yang boleh kita andaikan sekiranya seseorang wanita cuba menjauhkan diri dari kita. Namun tidak ramai yang sedar bahawa punca ini terjadinya dari diri kita sendiri iaitu insan yang bernama lelaki.

10 Perkara Menyebabkan Wanita Jauh Daripada Anda

1. Meninggikan Suara

Ramai lelaki yang kurang peka akan hal ini. Kebanyakkan dari mereka cuba menunjukkan lagak 'macho' mereka dengan meninggi suara pada pasangan mereka. Dikaitkan juga dengan sifat lelaki itu sendiri iaitu ego menjadikan ianya antara kelemahan utama bagi kaum lelaki.

2. Tidak Setia

Ini merupakan masalah utama bagi kebanyakkan kaum lelaki. Mereka amat sukar untuk setia kepada pasangan mereka, tidak kiralah samada mereka masih bujang atupun yang sudah bergelar suami orang. Wanita amat-amat benci akan lelaki seperti ini.

3. Mata Keranjang

Sifat semulajadi lelaki yang memang sukar kita semua nafikan. Pantang sahaja melihat wanita cantik dan seksi, pasti mata lelaki akan tertumpu pada wanita tersebut walaupun pasangan mereka berada di sebelah.

4. Ego

Ego merupakan masalah utama bagi setiap lelaki yang sememangnya merimaskan kaum wanita lebih-lebih lagi ketika timbulnya konflik.

5. Menipu

Lelaki gemar menipu lebih-lebih lagi berkaitan status mereka kepada wanita yang baru dikenali. 

6. Penting Diri Sendiri

Lelaki selalunya ingin mempertahankan hak mereka tanpa mempedulikan perasaan pasangan masing-masing. Kerana apa? pastinya kerana Ego!

7. Tidak Menghargai

Ramai lelaki yang memandang remeh perkara ini. Bagi mereka selagi semuanya baik di mata mereka, maka tiada apa yang perlu mereka lakukan lagi terhadap pasangan. Apa salahnya jika anda memberikan kejutan dan hadiah bagi menghargai pasangan anda.

8. Panas Baran

Lelaki jenis ini memang amat ditakuti ramai kaum wanita. Ini mampu menimbulkan rasa fobia terhadap pasangan mereka sekiranya terjadi sesuatu masalah atau pergaduhan. 

9. Cemburu Buta

Ya, umum mengetahui cemburu itu tanda sayang tetapi jika semuanya nampak salah dan tidak kena dimata lelaki, ianya mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa terhadap kaum wanita. Namun, tidak semua wanita yang tidak suka akan sifat cemburu ini. Ada di antara wanita yang rasa dihargai sekiranya pasangan mereka merasa cemburu, tetapi bukanlah yang jenis cemburu buta!

10. Mengongkong

Ramai di kalangan lelaki yang suka mengongkang pasangan mereka seperti tidak boleh keluar rumah sesuka hati, berjumpa rakan-rakan, dan sebagainya, Wanita akan rasa seperti dikawal yang akan menimbulkan perasaan rimas dan bosan. Apa tidaknya kalau hendak pergi ke kedai pun boleh menimbulkan pergaduhan.



Ini merupakan antara sebab-sebab wanita atau pasangan anda menjauhkan diri, jadi awas lelaki! 
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo