Responsive Ad Slot

Mengapa Biskut Mempunyai Lubang-Lubang Di Permukaannya

03 December, 2014

/ by Admin

Bagi anda yang menggemari biskut, pernahkah anda terfikir mengapa rupa bentuk setiap biskut yang dibeli di kedai kesemuanya memiliki sifat yang sama iaitu berlubang-lubang di tengah-tengahnya.

Untuk pengetahuan anda, lubang-lubang yang dibuat di permukaan biskut bukanlah bertujuan untuk hiasan semata-mata.

Sebab utama lubang-lubang pada biskut ini dibuat adalah bertujuan untuk memastikan biskut-biskut ini dibakar sehingga masak secara sama rata.

Jarak di antara lubang-lubang di permukaan biskut juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan ianya menjadi keras, mengelembung, dan juga tidak dimasak dengan sempurna. 

Jadi sekarang anda sudah mengetahui mengapa setiap biskut yang kita makan kesemuanya mempunyai lubang-lubang dipermukaannya.


Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo