Responsive Ad Slot

Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts

Menyusuri Sungai Melaka Dengan Melaka River Cruise

No comments

18 October, 2016


Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa suatu ketika dulu.

Sungai Melaka berjaya menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang seterusnya mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.

Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan melalui Melaka River Cruise.


Melaka River Cruise merupakan antara tarikan utama produk pelancongan di Melaka. Anda boleh merasai sendiri pengalaman menyusuri Sungai Melaka menaiki River Cruise. 

Perjalanan bagi perkhidmatan bot ini adalah sejauh 9 KM. Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau sebaliknya. Tempoh perjalanan mengambil masa selama 45 minit.

Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan Negeri Melaka.

Harga Tiket Melaka River Cruise

Dewasa - RM 10.00
Kanak - Kanak - RM 5.00

Waktu Operasi - 9.00 Pagi - 12.00 Malam

Maggie Ketam Istimewa Di Aman Sejagat Steambot & Grill

No comments

25 March, 2015

Pada yang yang masih lagi mencari tempat makan berkonsepkan "steambot", kami syorkan pada anda untuk mencuba Aman Sejagat Steambot & Grill yang beroperasi di No. 1, Jalan PPM 11, Plaza Pandan Malim, Melaka, bermula pada pukul 3.30 petang hingga 12.00 tengah malam.

Untuk lebih memudahkan anda, lokasi Aman Sejagat Steambot & Grill adalah berhadapan Politeknik Kota Melaka.

Pelbagai pilihan menu makanan yang disediakan oleh Aman Sejagat Steambot & Grill pada harga yang amat-amat berpatutan. 

Salah satu menu istimewa yang patut anda cuba apabila berkunjung ke sini ialah hidangan Maggie Ketam yang sememangnya enak dan lazat.

Aman Sejagat Steambot & Grill

Menu istimewa Maggie Ketam
Pelbagai bentuk promosi yang disediakan oleh Mana Sejagat Steambot & Grill
Sebahagian pengunjung yang berpuas hati menikmati hidangan di aman Sejagat Steambot & Grill

Untuk pengetahuan anda juga, pihak Aman Sejagat Steambot & Grill turut menyediakan perkhidmatan katering bagi anda yanga bakal melangsungkan majlis-majlis keraian.

Jadi, apa kata anda bawa keluarga anda hari ini bagi mencuba sendiri keenakkan hidangan yang disediakan oleh Aman Sejagat Steambot & Grill.

10 Gambar Nostalgia Lokasi Menarik Di Melaka Pada Zaman Dahulu

No comments

18 March, 2015

Melaka sememangya terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya serta tempat-tempat bersejarahnya yang masih lagi dipelihara sehingga ke hari ini.

Jika dahulu Melaka dikenali sebagai sebuah tempat perdagangan terkenal didunia, kini Melaka lebih dikenali sebagai pusat tumpuan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Kini, kebanyakkan tempat-tempat di Melaka semuanya sudah diberikan nafas baru oleh pentadbiran negeri dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri Maju.

Tiada lama, tiadalah yang baru, jadi disini kami ingin kongsikan dengan anda semua tempat-tempat yang dahulunya hanyalah sebuah bangunan dan kini diubah lanskapnya menjadi pusat tumpuan pelancong, jom kita lihat dibawah ini.

 1. Jonker Street Melaka

2. Air Pancut Victoria di Bangunan Stadthuys, Melaka


3. Masjid Kampung Hulu, Melaka

4. Bangunan Stadthuys Melaka @ Bangunan Merah


5. Muara Sungai Melaka

6. Muzium di Bangunan Merah

7. Bus Station Lama, Melaka

8. St. Francis Xavier Church, Padang Nyiru, Melaka

9. Jalan Tokong Lama, Melaka

10. Bangunan Cathay Lama, Melaka




Melaka Alive Satu Lagi Tarikan Terbaru Pelancong Di Melaka

No comments

09 March, 2015


Melaka Alive menawarkan satu konsep baru dalam mempelajari sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Dengan menggabungkan unsur-unsur teater dan sejarah berlatarbelakangkan penggunaan teknologi canggih seperti air pancut sebagai layar bagi memaparkan video dan penggunaan audio bagi menambahkan impak kepada pengunjung yang hadir merasai pengalaman kembali ke dalam Zaman Emas melalui Melaka Alive.

Dengan matlamat untuk menjadikan Melaka Alive! Sebagai daya tarikan utama bagi pelancongan dan kebudayaan di Malaysia, adalah diharapkan sokongan setiap agensi pelancongan diseluruh Negara dan khususnya kerajaan negeri Melaka dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pengunjung yang ingin mengetahui tentang sejarah dalam konsep yang sangat menarik dan berbeza.

Membawa kembali pengunjung di era abad ke 6, Melaka Alive! adalah satu pengalaman yang sukar diperolehi dengan dikelilingi bangunan-bangunan warisan sedia ada dan muzium di Melaka. Tarikan lain adalah termasuk kesan khas yang digunakan semasa persembahan teater muzikal dan konsep bazaar yang berbeza di tempat lain.

Bahtera Merdeka



Persembahan teater muzikal yang dilakukan diatas pentas dengan senibina seperti seperti sebuah bahtera berkapasiti 400 penonton bagi setiap persembahan. Kisah Panglima Awang dihidupkan semula dalam teater muzikal ini dimana kisah hidup beliau disepanjang pelayaran mengelilingi dunia dan serangan ke atas Portugis. Menggabungkan fakta kajian sejarah, teater dan tarian melayu tradisional akan lebih menarik minat semua pengunjung yang menonton teater tersebut.

Colors of Melaka


Colours of Melaka adalah bazaar malam yang direka bagi semua pengunjung yang mengunjungi tapak Melaka Alive dengan berkonsepkan pasar kuno abad ke-15 kesultanan melayu. Setiap gerai jualan menyajikan makanan tradisional melayu, dan baba nyonya Melaka mengunakan konsep kereta lembu sebagai gerai jualan yang berlatarbelakangkan persembahan teater dimana menambahkan lagi kepada suasana dan persekitaran pada zaman dahulu seperti yang terdapat dalam sejarah.

Harga Tiket Melaka Alive

MyKad
Dewasa - RM35
Kanak-Kanak (4-12 tahun ) - RM20

Non MyKad
Dewasa - RM45
Kanak-Kanak ( 4-12 tahun ) - RM20

Persembahan Melaka Alive bermula pada setiap hari khamis sehingga ahad sahaja. Masa persembahan adalah pada pukul 7.30 petang dan 9.00 malam.

Bagi anda yang hendak melakukan pembelian tiket secara online, anda boleh layari laman web seperti dibawah ini:-

http://www.melakaalive.com.my/ticket.php

10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Harus Anda Lawati

No comments
Melaka sememangnya terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya yang menghiasi latar kehidupan masyarakat di Melaka. Sejarah membuktikan Melaka kaya dengan sejarahnya yang tersendiri.

Pada anda yang masih lagi tercari-cari tempat percutian untuk seisi keluarga, apa kata anda bawa keluarga anda berkunjung ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. 

10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Harus Dikunjungi

1. Menara Taming Sari

Rasai pengalaman melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka dan Selat Melaka dari ketinggian 80 meter. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia.

Laman web rasmi :- http://menaratamingsari.com/

2. Melaka River Cruise

Tidak lengkap ke Melaka jika anda tidak merasai pengalaman menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise. Perjalanan selama 45 minit ini akan membawa anda menikmati keindahan panorama indah sepanjang Sungai Melaka hingga ke muaranya.

Laman web rasmi :- http://melakarivercruise.com/

3. Jonker Walk Night Market

Dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Jonker Walk Night Market merupakan antara tempat yang menyediakan pelbagai barangan cenderahati buat anda. Pelbagai barangan dan koleksi antik yang boleh anda temui disini.

4. Waterworld A Famosa Resort

Pada anda yang inginkan aktiviti mandi manda bersama keluarga, Waterworld A Famosa Resort adalah tempat yang harus anda lawati. Terdapat pelbagai jenis alatan sukan air yang disediakan di Waterworld A Famosa Resort.

5. Bandar Hilir, Melaka

Bandar Hilir di Melaka merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan pelbagai kesan-kesan peninggalan sejarah pada zaman penjajahan dahulu. Di kawasan yang semakin membangun ini, anda masih lagi boleh melihat tinggalan-tinggalan bangunan lama pada zaman pemerintahan Portugis, Belanda dan juga Inggeris. 

6. Kota A Famosa

Terletak di tengah-tengah Bandar Melaka, anda patut bekunjung ke Kota A Famosa ini bagi melihat dengan mata sendiri tinggalan bangunan dan pintu utama kubu tentera Portugis yang dibina pada zaman pemerintahan Portugis. Anda juga boleh mendaki Bukit St. Paul yang berhampiran dengan Kota A Famosa ini.

7.  Hang Tuah Centre (Perkampungan Hang Tuah)

Hang Tuah Centre merupakan salah satu tarikan terbaru yang ada di Melaka. Di Hang Tuah Centre, anda boleh merasai suasana rumah tradisional melayu Melaka. Terdapat lima buah rumah iaitu rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan juga Hang Lekiu. 

Setiap rumah ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dilengkapi dengan gelanggang silat dihadapan setiap rumah, anda pasti dapat merasa suasana perkampungan melayu Melaka pada zaman dahulu. Di Hang Tuah Centre juga terdapatnya Galeri Hang Tuah yang memaparkan kisah Hang Tuah dan rakan-rakannya yang lain. Lokasi ini juga berhampiran dengan Perigi Hang Tuah.

8. Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Dibina mengikut rekabentuk asli Istana Melaka pada zaman dahulu, Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini memaparkan sejarah asal usul negeri Melaka. Dari zaman sultan Melaka yang pertama hinggalah yang terakhir, semuanya disediakan disini.

9. Melaka Zoo And Night Safari

Terletak berhampiran dengan susur keluar Tol Ayer Keroh, Melaka Zoo And Night Safari meruapakn antara Zoo yang terbesar di Malaysia. Terdapat lebih dari 100 spesis haiwan yang boleh anda lihat dan disini anda boleh elihat sendiri kehidupan spesis-spesis haiwan ini pada waktu malam.

10. Dataran 1 Malaysia Klebang (Bustel) 

Tidak hanya popular kerana 'coconut shake', kini Dataran 1 Malaysia Klebang menyediakan satu lagi pengalaman unik untuk anda sekeluarga mencuba iaitu Bustel. Bustel merupakan lokasi bas-bas awam lama yang pernah beroperasi di negeri Melaka diubahsuai menjadi hotel. Anda boleh merasai pengalaman bermalam di dalam bas pada harga yang amat-amat berpatutan. Terdapat juga bas yang telah diubahsuai menjadi restoran untuk melengkapkan lagi pengalaman menarik anda di Melaka.

Rancang percutian anda bersama keluarga dengan melawati tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. Anda pastinya tidak rugi jika berkunjung ke bumi Hang Tuah.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung Janji Kepuasan Kepada Pelanggan

No comments

04 March, 2015


Untuk kali ini, kami hendak membawa anda semua mencuba masakan yang amat popular di Melaka. Tidak lengkap rasanya kedatangan anda ke Melaka jika tidak mencuba hidangan Asam Pedas Melaka yang amat popular ini.

Di Melaka, terdapat banyak tempat-tempat makan yang menyediakan masakan Asam Pedas. Jika anda bijak memilih tempat makan, anda pasti akan datang mencubanya lagi. Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi adalah Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Asam Pedas Selera Kampung turut menyediakan pelbagai hidangan dan menu makanan tengahari seperti ikan bakar, ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Harga yang dikenakan amat berpatutan. Semestinya anda harus singgah di Asam Pedas Selera kampung apabila anda berkunjung ke Melaka.

Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan PM 3, Plaza Mahkota,
75000 Melaka
Tel : 06 – 2835516
Open 24 hours ( Closed on Monday )
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo